Susu kambing??
ape perasaan korang bile disuruh minum FRESH SUSU KAMBING?
hahahhah...dgr pon nak muntah kan?
coz ade org ckp bau die hanyir....
Nad sejak pregnant ni mmg langsung xleh minum susu...Susu Anmum ke..Enfamama ke..sure muntah kalau minum..even susu Dutch Lady yg perasa strawberry or coklat tu pon muntah gak kalau minum...
So bile nadya gi check up, nadya bgtau doctor yg nadya mmg xleh minum susu...so die ade la bg mcm chewy calcium..perasa coklat..rase die mcm sugus..lame2 makan dah jd muak!
Pastu nadya makan calcium pills je...
Then bile start muntah2 truk balik...doctor ade suggest nadya minum susu kambing blend skali dgn kurma...
Bab nak blend dgn kurma tu leceh..mls nak buat kdg2..hahahaahaha :)
So skang stiap hari nadya kene memakse diri minum susu kambing..
Alhamdulillah, susu kambing ni xde bau or rase hanyir...nadya simpan dlm peti sejuk n kene minum bile btol2 sejuk baru sdap!
Hye anak mama,demi kamu mama sanggup korbankan tekak meminum susu kambing...see, i love u so much babies :)
Risau jugak nadya coz nadya xleh minum susu like other M2B's...
Tai doctor ckp xpe, u minum susu kambing ni pon dah cukup untuk you and babies...
Orang ckp kalau minum susu kambing, I'Allah anak nanti xkene kuning...harap2 btol la tuh...coz nad dah penat minum susu!!!
I really hate MILK!!!
Kebaikan Meminum Susu Kambing :
Susu Kambing Mudah Hadam
- Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.
- Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.
Alahan Laktosa
- Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah
- Susus kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.
Susu Kambing Bersifat Alkali
- Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.
- Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.
Susu Kambing Mengandungi Acid Lemak Yang Baik
- Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yg mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.
Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
- Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.
Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium
- Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium
- Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodiem didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).
Susu Kambing – Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan
- Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.
- Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
- Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
- Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
- Susu kambing juga mengandungi factor anti barah.
Alhamdulillah susu kambing yg disuggest oleh Doctor Marsita ni nadya boleh minum coz rase die xde la truk mana....
Nad beli RM5 untuk sebotol susu ni n kene minum stiap hari..heheeheheehe :)